Terma Perkhidmatan
Dikemaskini: 13 Jun 2026
1. Penerimaan Terma
Dengan menggunakan perkhidmatan Tech Lead Cloud Sdn Bhd ("Tech Lead Cloud", "kami", "kita"), anda bersetuju mematuhi terma ini. Jika anda tidak bersetuju, sila tidak gunakan perkhidmatan kami.
2. Perkhidmatan
Tech Lead Cloud menyediakan perkhidmatan hosting & cloud infrastructure: Web Hosting, VPS, Dedicated Server, Colocation, Private Cloud (IaaS), dan Managed Services dari Datacenter Putrajaya, Malaysia.
3. SLA (Service Level Agreement)
- Uptime SLA: 99.9% bulanan untuk Web Hosting, VPS, dan Dedicated Server.
- Sokongan Response: Tier-1 critical dalam 15 minit, Tier-2 dalam 1 jam (untuk plan Pro/Business).
- Setup Time: Web Hosting 24 jam, VPS 15 minit (auto), Dedicated Server 1-3 hari kerja.
- SLA Breach Credit: Pro-rated refund kepada akaun anda kalau uptime jatuh di bawah SLA. Terms apply.
4. Pembayaran & Refund
- Billing dalam Ringgit Malaysia (RM). Tiada FX charges.
- Pembayaran bulanan / tahunan. Annual plan dapat discount sehingga 15%.
- Money-back guarantee 7 hari untuk Web Hosting + VPS. Dedicated Server + Colocation case-by-case.
- Refund pro-rated kalau cancel pertengahan kitaran billing.
5. Tanggungjawab Pelanggan
Anda bertanggungjawab untuk:
- Memastikan content yang dihos tidak menyalahi undang-undang Malaysia.
- Menjaga kerahsiaan password & access credentials.
- Backup data anda walaupun kami sediakan backup service.
- Compliance dengan PDPA untuk data personal yang dihost.
6. Kandungan Dilarang
Dilarang hosting: pornografi, judi, pengedaran perisian haram, spam server, DDoS botnet, content yang melanggar hak intelek pihak lain.
Kami berhak menggantung akaun anda dengan notis 48 jam jika langgar terma ini.
7. Penamatan Akaun
Anda boleh terminate akaun bila-bila masa dengan notis 30 hari. Kami akan delete semua data anda dalam 30 hari selepas termination. Backup sendiri sebelum cancel.
8. Liabiliti
Liabiliti Tech Lead Cloud terhad kepada amaun yang anda telah bayar dalam 3 bulan terakhir. Kami tidak bertanggungjawab untuk consequential damages (lost profits, lost data, dll).
9. Undang-undang Terpakai
Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian akan diuruskan melalui mahkamah Malaysia.
10. Hubungi Kami
Untuk pertanyaan mengenai terma ini, sila hubungi kami di [email protected] atau +60 11-3309 6171.





